welcome to sk ibok's pre school

Friday, 14 December 2012

KURSUS PROGRAM I-THINK


Selamat Melayari Blog cikgu nisa jangan segan komen
tau...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat....

Salam kawan2 sudah lama saya tidak update info-info dari blog saya, sebenarnya saya telah ditugaskan oleh pihak sekolah untuk berkursus di Dewan ITC,tatiUC Telok Kalong,kemaman Terengganu selama empat hari iaitu dari 10.12.2012 sehingga 13.12.2012.Tu la banyak betul maklumat dan info terkini yang saya perolehi dari KURSUS PROGRAM I-THINK TAHUN 2013.Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Kawan2 ini adalah salah satu contoh peta yang saya perolehi dari program tersebut.Murid prasekolah pasti lebih tertarik dengan pengajaran kita insyaallah……..

Peta Buih ( i-think) 
Panduan Membina Peta Buih

Baiklah, hari ni saya kemjukakan satu lagi peta dalam i-think.Peta Buih. Pernah dengar tak?

Dalam membina peta buih, beberapa aspek perlu dipertimbangkan... Bagaimana anda dapat menerangkan tentang seseorang, tempat, benda, idea, konsep, gambar?
  • Apakah ciri-ciri yang digunakan bagi mewakili objek ini?
  • Apakah sifat bagi konsep / nombor ini?
  • Apakah kualiti yang penting bagi konsep ini?

  • Anda boleh gunakan persoalan-persoalan tersebut untuk menjelaskan tentang sifat terhadap tajuk-tajuk yang dibincangkan. 

Langkah Membina Peta Buih

Untuk membina Peta Buih, anda perlulah:
 Ø Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama di dalamnya.
Ø Lukiskan beberapa bulatan di sekelilinya untuk diisi dengan kata adjektif / kata sifat yang mewakili topik tersebut.
Ø Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus.
Ø  Senaraikan seberapa banyak kata adjektif barkaitan sama ada positif / negatif dan warna yang berbeza boleh digunakan.
Ø  Contoh topik – Bapa Saya
Ø Kata Adjektif – Kacak, baik hati, periang, pandai, pendiam, rajin 
 Ok...selamat mencuba,jumpa lagi nanti...
 
 
 

SISTEM pendidikan negara perlu melalui proses tranformasi bagi melahirkan generasi masa depan yang mempunyai inovasi, kemahiran berfikir secara kreatif dan analitikal.Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sudah sampai masanya sistem pendidikan negara diberi nafas baru, sekali gus terus dapat menentukan hala tuju kehidupan rakyat lebih baik. “Selama ini kita menekankan penghafalan. Oleh kerana dunia sudah berubah, keperluan kita adalah menyediakangenerasi hari ini untuk dunia yang akan datang.

“Justeru, kita perlu melakukan tranformasi pendidikan yang mana intipatinya bagi menggalakkan pelajar berfikir kerana kita mahu melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kreatif, inovatif dan kritis,” katanya ketika merasmikan program i-Think di bangunan Parlimen, semalam.

Hadir sama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.

Program i-Think, projek bersama oleh Kementerian Pelajaran dan Agensi Inovasi Malaysia bertujuan memupuk kemahiran pemikiran tinggi dan inovatif di peringkat sekolah rendah dan menengah.

i-Think adalah pendekatan yang realistik dan praktikal untuk memupuk proses pemikiran dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah di kalangan guru dan pelajar sama-sama melalui penggunaan peta pemikiran yang dibangunkan oleh Dr David Hyerle.

Sebanyak 10 sekolah sudah menjalankan projek perintis di bawah kendalian Unit Inovasi Khas (Unik) dan Agensi Inovasi Malaysia. Kerajaan menjangkakan 1,000 lagi sekolah akan menerapkan sistem i-Think ini pada tahun depan dan kepada semua sekolah menjelang 2014.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, menerusi program i-Think, kementerian berusaha menerap proses berfikir itu bagi membantu murid memahami sesuatu konsep dan mengaplikasinya dalam menyelesaikan permasalahan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/14

 

Monday, 3 December 2012

Jom buat tandanama Comel

 
Salam semua,Pada hari ini saya  ingin berkongsi dengan rakan -rakan contoh tanda nama yang sesuai dan comel untuk murid prasekolah.Bagi permulaan persekolahan tandanama merupakan satu benda yang penting yang perlu ada pada murid,ini kerana diawal tahun guru masih tidak mengenali nama murid yang baru hadir ke prasekolah.Jadi dengan adanya tanda nama ia memudahkan guru untuk lebih beramah mesra dengan murid baru didalam kelas prasekolah....

Comel kan......


 
 
 
 


Sunday, 2 December 2012

Jom buat origami

Hai semua rakan-rakan sekejap kan masa berlalu sekarang dah masuk bulan Disember ,sekolah dah semakin hampir buka, mesti tengah duk fikir camner pulak agaknya karenah murid prasekolah pada tahun 2013 ning...jom kita lihat video origami yang boleh kita ajarkan kepada murid bagi tunjang kreativiti dan estitika didalam kelas prasekolah .Jom kita kongsi agar pnp kita lebih hebat dan menarik di tahun hadapan insyaalah.......
 
 
origami burung
 
 
 
 
 Origami rama-rama
 
 
 
 
 
 

Origami pokok 
 
 
 
Origami Bunga
 
 


Sunday, 18 November 2012

Salam perkenalan

 
 


Assalamualaikum,Salam Perkenalan
 
Kepada guru-guru prasekolah dan pembaca yang setia ( hmm...adakah pembaca setia blog kelas ini? ). Hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda semua di mana anda boleh melayari blog kelas prasekolah yang ada di Malaysia ini untuk menambahkan ilmu. Semoga dengan perkongsian maklumat ini dapat membantu anda memahami konsep dan prinsip serta kaedah pelaksanaan kelas prasekolah yang ada di Malaysia...Dari Anisa binti Abd.Rani(D20112055085)



PANTUN NASIHAT






DOA HARIAN KANAK-KANAK






VIDEO LAGU KANAK-KANAK

 
 


Monday, 22 October 2012

LAWATAN KE ZOO


Prasekolah SK IBOK telah mengadakan lawatan ke ZOO MINI KEMAMAN. Semua murid begitu teruja untuk mengikuti lawatan tersebut. Lawatan tersebut disertai 44 orang murid-murid prasekolah, 2 orang guru, 2 orang pembantu pengurusan murid. Guru Penolong Kanan Kokurikulum turut menyertai lawatan tersebut.

 
Lambatnye Keretapi ni... tak sabar nak keliling zoo


Sunday, 21 October 2012

SAMBUTAN MERDEKA RAYA

Sambutan MERDEKA RAYA  SK IBOK telah diadakan pada 30 ogos 2012 di Dewan Alamanda SK IBOK. Walaupun diadakan secara sederhana, sambutan tetap meriah dan semua warga sekolah terlibat pada hari tersebut..


Berikut koleksi gambar Murid-murid Prasekolah pada hari tersebut


Latihan sebelum buat persembahan depan khalayak ramai....



berdabarnya.... takut tak menjadi persembahan hari ni... huhuhu


Ketika Persembahan di Pentas

 eh2.. baju kita sama la... anak murid dengan cikgu citarasa yang sama..hihihi

Tuesday, 16 October 2012

Di Permulaan Tahun...

MINGGU PERTAMA SETELAH SEKOLAH BUKA
Minggu pertama persekolahan untuk semua sekolah di Malaysia. Pada tahun ini, terdapat sebanyak 10 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan.

Saya berasa bersyukur kerana minggu orientasi telah berlangsung dengan lancar dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Murid-murid prasekolah kelihatan sangat gembira dan tidak sabar-sabar untuk menimba ilmu. Tetapi masih ada jugak murid yang menangis tak nak mak tinggal dia sorang-sorang



                      
  mak...... jgn tinggal adik... huhuhuhu