welcome to sk ibok's pre school

Friday, 14 December 2012

KURSUS PROGRAM I-THINK


Selamat Melayari Blog cikgu nisa jangan segan komen
tau...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat....

Salam kawan2 sudah lama saya tidak update info-info dari blog saya, sebenarnya saya telah ditugaskan oleh pihak sekolah untuk berkursus di Dewan ITC,tatiUC Telok Kalong,kemaman Terengganu selama empat hari iaitu dari 10.12.2012 sehingga 13.12.2012.Tu la banyak betul maklumat dan info terkini yang saya perolehi dari KURSUS PROGRAM I-THINK TAHUN 2013.Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Kawan2 ini adalah salah satu contoh peta yang saya perolehi dari program tersebut.Murid prasekolah pasti lebih tertarik dengan pengajaran kita insyaallah……..

Peta Buih ( i-think) 
Panduan Membina Peta Buih

Baiklah, hari ni saya kemjukakan satu lagi peta dalam i-think.Peta Buih. Pernah dengar tak?

Dalam membina peta buih, beberapa aspek perlu dipertimbangkan... Bagaimana anda dapat menerangkan tentang seseorang, tempat, benda, idea, konsep, gambar?
  • Apakah ciri-ciri yang digunakan bagi mewakili objek ini?
  • Apakah sifat bagi konsep / nombor ini?
  • Apakah kualiti yang penting bagi konsep ini?

  • Anda boleh gunakan persoalan-persoalan tersebut untuk menjelaskan tentang sifat terhadap tajuk-tajuk yang dibincangkan. 

Langkah Membina Peta Buih

Untuk membina Peta Buih, anda perlulah:
 Ø Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama di dalamnya.
Ø Lukiskan beberapa bulatan di sekelilinya untuk diisi dengan kata adjektif / kata sifat yang mewakili topik tersebut.
Ø Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus.
Ø  Senaraikan seberapa banyak kata adjektif barkaitan sama ada positif / negatif dan warna yang berbeza boleh digunakan.
Ø  Contoh topik – Bapa Saya
Ø Kata Adjektif – Kacak, baik hati, periang, pandai, pendiam, rajin 
 Ok...selamat mencuba,jumpa lagi nanti...
 
 
 

SISTEM pendidikan negara perlu melalui proses tranformasi bagi melahirkan generasi masa depan yang mempunyai inovasi, kemahiran berfikir secara kreatif dan analitikal.Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sudah sampai masanya sistem pendidikan negara diberi nafas baru, sekali gus terus dapat menentukan hala tuju kehidupan rakyat lebih baik. “Selama ini kita menekankan penghafalan. Oleh kerana dunia sudah berubah, keperluan kita adalah menyediakangenerasi hari ini untuk dunia yang akan datang.

“Justeru, kita perlu melakukan tranformasi pendidikan yang mana intipatinya bagi menggalakkan pelajar berfikir kerana kita mahu melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kreatif, inovatif dan kritis,” katanya ketika merasmikan program i-Think di bangunan Parlimen, semalam.

Hadir sama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.

Program i-Think, projek bersama oleh Kementerian Pelajaran dan Agensi Inovasi Malaysia bertujuan memupuk kemahiran pemikiran tinggi dan inovatif di peringkat sekolah rendah dan menengah.

i-Think adalah pendekatan yang realistik dan praktikal untuk memupuk proses pemikiran dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah di kalangan guru dan pelajar sama-sama melalui penggunaan peta pemikiran yang dibangunkan oleh Dr David Hyerle.

Sebanyak 10 sekolah sudah menjalankan projek perintis di bawah kendalian Unit Inovasi Khas (Unik) dan Agensi Inovasi Malaysia. Kerajaan menjangkakan 1,000 lagi sekolah akan menerapkan sistem i-Think ini pada tahun depan dan kepada semua sekolah menjelang 2014.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, menerusi program i-Think, kementerian berusaha menerap proses berfikir itu bagi membantu murid memahami sesuatu konsep dan mengaplikasinya dalam menyelesaikan permasalahan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/14

 

No comments:

Post a Comment