welcome to sk ibok's pre school

Kenali Prasekolah




 

 

PENGENALAN

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanak-kanak.Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan,bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang sosial, agama,

 

Misi Prasekolah

Menyediakan pendidikan berkualiti kepada murid-murid untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup, memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
 

Visi Prasekolah

Bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan menguasai asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah formal.

Matlamat
 
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
 

Objektif
 Mempunyai sifat peribadi perwatakan dan konsep diri yang positif
Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik
Menggunakan Bahasa Cina Dan Tamil dengan betul yang sekolah ada bahasa pengantar.
Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian
Mengamalkan nilai islam dalm kehidupan seharian bagi murid yang beragama islam.
Mengamalkan nilai murni
Mempunyai kemahiran kognitif dan kemahiran berfikir
bagi menyelesaikan sesuatu.


 
ContohTema Tahunan Prasekolah






Contoh Jadual waktu Prasekolah






Syarat Kemasukan ke Prasekolah dan Proses Pemilihan
 
A - SYARAT-SYARAT KEMASUKAN MURID KE KELAS PRASEKOLAH
1 - Warganegara Malaysia.
2 - Kanak-Kanak Yang Mencapai Umur Lima (5) Tahun Pada Hari Pertama Bulan Januari Dalam Tahun Persekolahan Semasa.
3 - Keutamaan Pemilihan Berasaskan Merit Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga Di Bawah Garis Kemiskinan Dan “Ranking” Pendapatan Perkapita Keluarga Dari Rendah Ke Tinggi.
4 - Jumlah Bilangan Murid Setiap Prasekolah KPM Tidak Melebihi 25 Orang.
5 - Proses Pemilihan Murid Prasekolah KPM Hendaklah Dibuat Oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.
B - PEMILIHAN MURID
1 - Pemilihan murid hendaklah dibuat oleh jawatankuasa pemilihan murid prasekolah yang terdiri daripada :
- Guru Besar - Pengerusi
- GPK Pentadbiran - Naib Pengerusi
- Seorang Guru Prasekolah - Setiausaha
- Seorang Guru Tahap 1 - Ahli Jawatankuasa
- Seorang Guru Tahap 2 - Ahli Jawatankuasa
- Seorang PPM - Pencatat
- Seorang Wakil Komuniti (Jika Perlu)
2 - Pihak Sekolah Hendaklah Membuat Siaran Permohonan Murid Secara Meluas Dan Menerima Seberapa Banyak Permohonan Sehingga Tarikh Tutup.
3 - Semua Permohonan Hendaklah Diperakui (Berjaya/Tidak) Oleh Jawatankuasa Pemilihan Di Dalam Mesyuarat Tersebut.
4 - Keputusan Semua Permohonan Sama Ada Berjaya Atau Gagal Hendaklah Dimaklumkan Kepada Pemohon.
5 - Semua Keputusan Pemilihan Hendaklah Dihantar Ke PPD Masing-Masing Untuk Diperakukan Sebelum Surat Tawaran Dikeluarkan
6 - Pihak Sekolah Akan Mengeluarkan Surat Tawaran Dan Borang Penerimaan Tawaran Kemasukan Murid Prasekolah Kepada Ibu Bapa / Penjaga.
7 - Sekiranya Ada Calon Yang Menolak Tawaran Tersebut, Pihak Jawatankuasa Pemilihan berhak Memilih Calon-Calon Simpanan Mengikut Senarai Keutamaan.
8 - Pihak Jawatankuasa Pemilihan Berhak Menolak Permohonan Yang Didapati Menggunakan Maklumat Palsu
 

Borang Permohonan Prasekolah


Sila klik kanan pada borang dan pilih 'save image as' untuk memuat turun borang.

Borang Permohonan Kemasukan Murid ke Prasekolah.

Mukasurat 1

Muka surat 2



Muka surat 3

 
Kenali Kelas Pra Nuri


 
Kelas Pra Nuri bertempat di Sekolah kebangsaan Ibok Kemaman Terengganu.Kelas prasekolah ini di buka pada tahun 1997.Kemudahan fizikal yang disediakan mestilah mencukupi, sesuai dan diselenggarakan dengan baik serta mampu menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan. Setiap kemudahan fizikal yang disediakan mestilah sesuai dari segi susun atur dan pemilihan ruangnya. Pengurusan ruang merupakan perkara yang penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di kelas. Murid memerlukan ruang yang mencukupi dan sesuai dalam menjalankan aktiviti agar mereka bebas untuk berinteraksi dengan bahan pembelajaran yang disediakan. Ruang yang disediakan mestilah kondusif agar dapat merangsang pembelajaran murid.
 



Model haiwan di Tunjang Sains Dan Teknologi
 
 
 

Aktiviti perbualan pagi dijalankan di sudut Tunjang Komunikasi 

 
 
Mari membaca di Tunjang Komunikasi ada kad bacaan dan buku cerita bahasa melayu dan english.

 





 


1 comment: